Tuesday, June 10, 2008

Cukai Tinggi, Kita Rugi.





Pada minggu lepas saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di utara tanah air iaitu Perlis berikutan terlalu lama berada di Kuala Lumpur untuk membantu kakak mengemas rumah barunya yang bakal didiami tidak lama lagi. Ketika dalam separuh perjalanan, saya berselisih dengan segerombolan konvoi motosikal berkuasa tinggi atau lebih dikenali sebagai SuperBike. Tidak puas rasanya kerana tidak dapat melihat setiap jentera tersebut dengan lebih lama. Antara beberapa jentera yang sempat saya kenal pasti di dalam konvoi tersebut ialah Honda CBR 1000 seperti gambar di atas, Honda Gold Wind, Kawasaki Z750, Z1000 dan Versys.,Yamaha MT01 dan R1, Kawasaki Voyager dan beberapa lagi model yang tidak sempat saya kenal pasti kerana ditunggang terlalu laju. Namun apa yang pasti ialah konvoi tersebut datangnya dari negara jiran iaitu Singapura kerana berdasarkan no pendaftaran yang tercatat pada setiap jentera berkuasa tinggi itu tadi.

Kerana hati terlalu teruja dek melihat kelibat jentera-jentera berkuasa besar itu tadi membuatkan saya terfikir mengapakah sukar untuk kita melihat rakyat Malaysia memiliki jentera tersebut? Pernah juga terdetik hati ini untuk memiliki jentera sehebat itu malah menjadi azam pula untuk memilikinya selepas menceburi alam pekerjaan nanti. Namun, apa yang pasti untuk memiliki jentera hebat seperti itu tidaklah mudah seperti yang disangka. Apa yang saya dapat lihat ialah kemunculan model-model baru di serata dunia oleh syarikat-syarikat pengeluar motorsikal berkuasa tinggi seperti Ducati, Yamaha, Honda, Kawasaki, Harley- Davidson, KTM dan sebagainya lagi kurang mendapat sambutan oleh peminat-peminat jentera tersebut di Malaysia. Namun peminat jentera tersebut dari negara jiran walaupun berpendapatan sederhana dapat memiliki dan menunggang model motorsikal tersebut. Bagaimana peminatnya di Malaysia?

Jika nak bandingkan, kemajuan industri motorsikal kita dengan industri motorsikal luar negara sangat jauh ketinggalan 10, 20, 30 tahun. Kenapa keadaan ini berlaku? Banyak kemungkinan yang dapat kita andaikan. Pertama ialah cukai import terlalu tinggi (120%) menyebabkan pengedar "gerun dan tidak berminat" membawa masuk motorsikal tersebut. Akibatnya bank pun tak sudi nak layan dan mereka mengenakan syarat yang terlalu ketat. Realitinya harga superbike menyamai harga sebuah rumah dengan tempoh bayaran yang amat pendek (4-6 tahun). Sedangkan pinjaman rumah boleh dirunding sehingga tempoh 30 tahun.

Akibatnya banyaklah model jentera berkuasa tinggi itu yang ketinggalan zaman, tersadai di kedai-kedai dan bilik pameran. Mengapakah pihak kerajaan tidak ambil peduli? Sedangkan ribuan peminat motorsikal di Malaysia meleleh air liur bila melihat jentera hebat ini berdesup di atas jalan raya kita dari negara jiran. Kalau ada yang sanggup beli pun mungkin terpaksa mengikat perut kerana tidak tahan dengan bayaran yang terlalu tinggi. Tidakkan pernah pihak kerajaan terfikir untuk mengatasi masalah ini? Turunkan kadar cukai sehingga 10-40 % dengan bersyarat iaitu segala pemasangan dan alat ganti dibuat di Malaysia. Sekaligus memberi manfaat kepada banyak pihak dalam jangkamasa panjang.

Sementara itu, kerajaan akan menerima cukai berterusan ( motorsikal laris), peluang pekerjaan (pembukaan kilang pemasangan dan pembuatan alat ganti), pemindahan teknologi ( kerjasama pengilang luar dan pengilang tempatan) dan mewujudkan motorsikal berkuasa tinggi buatan Malaysia yang mampu berdaya saing di dalam mahupun luar negara. Jika ini dilaksanakan 10-25 tahun lepas, mungkin banyak motorsikal berkuasa tinggi dapat dilihat berdesup di atas jalan raya kita. Kita juga mungkin menjadi pusat pemasangan dan pusat pembekal alat ganti terbesar di rantau Asia Tenggara. Tapi sayang semuanya sudah terlambat. Buktinya AFTA yang kita nanti-nantikan sekian lama dusta belaka. Semuanya hanyalah andaian dan harapan kosong yang tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada industri kita. Jika kerajaan cepat bertindak, mungkin harga superbikes 600cc lebih murah dari harga sebuah Kancil. Harga superbikes 1000cc keatas lebih murah dari Proton Wira. Segalanya mungkin.

Namun apa yang kita dapat lihat pada hari ini, kita hanya mampu bermegah dengan motorsikal Modenas yang hanya mampu bertahan 5-6 tahun saja sebelum tersedai di tepi rumah mahupun di reban ayam dek kerana kualitinya yang "menakjubkan!!"

6 comments:

Anonymous said...

saya bersetuju dengan luahan Faizal.
Jika cukai dikurangkan, mmg ramai yg akan membeli motosikal kuasa besar ini. Saya tidak berpuas hati kerna diri ini juga mengimpikan sebuah SUPERBIKE utk ditunggang.

Sekian,
Wassalam.

Anonymous said...

betul2...aku juga mengimpikan cbr 600rr...x mampu dengan harga sekarang..

Faizal said...

atas dasar untuk melindungi industri pemotoran tempatan seperti modenas,kerajaan terpaksa menaikkan nilai cukai supaya rakyat-rakyat tidak mampu membeli motor yg diimport. Tujuannya supaya rakyat hanya mampu membeli motor tempatan. Aku tak kesah sgt sebenarnya. asalkan harganya berbaloi dengan kualiti. Tetapi malangnya, tak semua dapat seperti yg diharapkan. Lihatlah kualiti-kualiti motor modenas,hanya mampu bertahan dlm tempoh 4-5 tahun sahaja.

Mengidam aku nak pakai kawasaki z1000 @ kawasaki versys...fuh...

mat badal said...

ak pon mcm ko gak...mmg nk sgt superbike tuu...siap mengimpikan yang besar nanti nk keje kat singapore...tp bila dgr kawasaki ninja 250 jual kt usa $990 dolar je....bayangkan, org amerika yg sblm nk masuk ninth grade (ala-ala mcm STPM kt m'sia ni) bli Kawasaki ni mcm bli Kriss second hand...nk compare harga kt cni pnya pasal(ade la dlm 20 ribu lebih), terkubur minat tersebut. bole nk tgk je kat hiway PLUS tiap kali ak ulang alik KL-JB.. ye ar, org singapore pon slalu gak guna hiway kita...

mat badal said...

ak pon mcm ko gak...mmg nk sgt superbike tuu...siap mengimpikan yang besar nanti nk keje kat singapore...tp bila dgr kawasaki ninja 250 jual kt usa $990 dolar je....bayangkan, org amerika yg sblm nk masuk ninth grade (ala-ala mcm STPM kt m'sia ni) bli Kawasaki ni mcm bli Kriss second hand...nk compare harga kt cni pnya pasal(ade la dlm 20 ribu lebih), terkubur minat tersebut. bole nk tgk je kat hiway PLUS tiap kali ak ulang alik KL-JB.. ye ar, org singapore pon slalu gak guna hiway kita...

Anonymous said...

Kawan aku beli Kawasaki ZX12 2nd hand tahun 2000 plet S'pore baru 20k...kalau compare harga 2nd hand kat sini motor yang sama dah nak dekat lebih dari 50k...Kita hanya mampu tengok rider2 dari S'pore dok belasah kita punya highway ..rider2 negara sendiri..bawak la motor cc kecik kat tepi-tepi...nasib tak baik..silap2 kena langar dengan kete MP...