Friday, April 10, 2009

Malaysian Dream Girls!!!: Apa Pandangan Melayu-Melayu Sekelian??


Sebenarnya sememangnya saya berniat untuk menangguhkan penulisan blog ini buat seketika waktu sehingga keadaan mengizinkan, akan tetapi saya seolah-olah terpanggil untuk menulis entry ini. Walaupun saya cuba untuk menolak, tetapi semakin lama semakin memberontak. Maka niat saya tersebut terpaksa dikorbankan seketika dan memberi sedikit ruang dan laluan kepada penulisan entry ini untuk berkongsi pendapat dengan pembaca-pembaca blog ini buat seketika. Akan tetapi sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut tentang entry yang cuba saya sampaikan ini, eloklah saya tegaskan bahawa entry pada kali ini bukanlah bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak, akan tetapi hanyalah untuk renungan bersama akan tentang di mana salah dan silapnya diri kita semua. Itu sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Sebagai permulaan, elok saya mengajukan pertanyaan ini. Ada sesiapa yang pernah dengar atau menonton program realiti TV " Malaysian Dream Girls" atau tidak?? Mungkin saya agak ketinggalan kerana saya hanya baru sahaja mendapat maklumat mengenai program ini dan cuba menyelidikinya. Apa yang saya hendak sentuh di sini ialah mengenai penyertaan wanita MELAYU (ISLAM) di dalam program ini dan adanya siri berpakaian dalam, anda semua boleh melayarinya dengan lebih lanjut disini.

Ini adalah muka-muka peserta MELAYU yang mempamerkan tubuh badan mereka untuk tuntunan umum, alahai...anak siapakah ini?? Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran saya ketika memikirkan situasi ini. Apakah anak-anak MELAYU kita pada hari ini sudah hilang rasa malu yang ada pada dirinya?? Apakah salah dan silapnya kita semua sehinggakan anak-anak MELAYU kita hina sebegini rupa?? Namun apa yang saya pasti, jika ditakdirkan salah seorang daripada peserta MELAYU ini diumumkan sebagai pemenang utama, antara perkataan pertama yang akan keluar dari mulut mereka jika ditanya tentang kemenangan tersebut ialah " Saya bersyukur kepada Tuhan@Allah dengan kemenangan dan rezeki ini" Aduhai...lagi serabut fikiran saya.

Adakah ini salah satu cara nak jadi popular, dengan sengaja mengeksploitasikan diri sendiri. Setahu saya, pada kebiasaanya di dalam mana-mana rancangan realiti TV, keluarga yang akan menjadi pendorong dan memberi sokongan. Mereka bangga apabila anak mereka popular satu Tanah Melayu (itupun jika ada rakyat Malaysia yg amik tahu) lebih-lebih lagi ke peringkat dunia.

Di dalam situasi ini, saya juga tertanya-tanya apakah tindakan yang akan di ambil oleh JAKIM, Pusat Islam, Mufti, PERKIDA, Menteri Penerangan?? Dan tidak lupa juga kepada parti pemerintah kita iaitu PARTI RASUAH yang sememangnya memperjuangkan hak serta nasib bangsa MELAYU yang sememangnya buta mata dan hati untuk membicarakan soal masalah sosial dikalangan bangsa MELAYU, apatah lagi soal agama!. Akan tetapi yang peliknya ialah apabila mereka berhadapan dengan konflik politik dan MELAYU terutamanya di dalam kempen-kempen pilihan raya. Maka akan kedengaranlah retorik-retorik MELAYU itu ISLAM dan dengan nada ugutan-ugutan kepada bangsa-bangsa lain supaya jangan menyentuh hak orang MELAYU. Kononnya merekalah yang paling MELAYU di antara MELAYU-MELAYU yang wujud di muka bumi ini. Sekarang nah!! Inilah hasilnya daripada pembelaan mereka kepada MELAYU-MELAYU sekelian.

Berkenaan jalan penyelesaian masalah ini pula, tidak ada apa yang saya harapakan daripada PARTI RASUAH tersebut. Akan tetapi, saya masih lagi menaruh secebis harapan agar JAKIM, Majlis MUFTI dan Kementerian yang menaungi Hal Ehwal Agama dapat meleraikan masalah ini serta menanggani isu moral dan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi sekarang ini terutamanya dikalangan orang MELAYU yang masih mengakui dirinya sebagai ISLAM. Akan tetapi, kepada mana-mana MELAYU yang bukan ISLAM, abaikanlah sahaja masalah ini. Benar cakap orang, kubur kita masing-masing kan?? Sekain saya..maaf jika ada yang terguris dan maaf juga jika ada yang terasa. Sesungguhnya entry ini hanyalah untuk renungan bersama. Supaya di kemudian hari, kita dapat memilih pemimpin yang tahu dosa pahala dan kenal ajaran agamanya di dalam menggariskan dasar-dasar yang akan dilaksanakan ketika memegang tampok pemerintahan kelak dan tidak sekadar tahu berbicara tentang pembangunan dan tender-tender untuk kroni sahaja.