Friday, April 10, 2009

Malaysian Dream Girls!!!: Apa Pandangan Melayu-Melayu Sekelian??


Sebenarnya sememangnya saya berniat untuk menangguhkan penulisan blog ini buat seketika waktu sehingga keadaan mengizinkan, akan tetapi saya seolah-olah terpanggil untuk menulis entry ini. Walaupun saya cuba untuk menolak, tetapi semakin lama semakin memberontak. Maka niat saya tersebut terpaksa dikorbankan seketika dan memberi sedikit ruang dan laluan kepada penulisan entry ini untuk berkongsi pendapat dengan pembaca-pembaca blog ini buat seketika. Akan tetapi sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut tentang entry yang cuba saya sampaikan ini, eloklah saya tegaskan bahawa entry pada kali ini bukanlah bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak, akan tetapi hanyalah untuk renungan bersama akan tentang di mana salah dan silapnya diri kita semua. Itu sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Sebagai permulaan, elok saya mengajukan pertanyaan ini. Ada sesiapa yang pernah dengar atau menonton program realiti TV " Malaysian Dream Girls" atau tidak?? Mungkin saya agak ketinggalan kerana saya hanya baru sahaja mendapat maklumat mengenai program ini dan cuba menyelidikinya. Apa yang saya hendak sentuh di sini ialah mengenai penyertaan wanita MELAYU (ISLAM) di dalam program ini dan adanya siri berpakaian dalam, anda semua boleh melayarinya dengan lebih lanjut disini.

Ini adalah muka-muka peserta MELAYU yang mempamerkan tubuh badan mereka untuk tuntunan umum, alahai...anak siapakah ini?? Pelbagai persoalan timbul di benak fikiran saya ketika memikirkan situasi ini. Apakah anak-anak MELAYU kita pada hari ini sudah hilang rasa malu yang ada pada dirinya?? Apakah salah dan silapnya kita semua sehinggakan anak-anak MELAYU kita hina sebegini rupa?? Namun apa yang saya pasti, jika ditakdirkan salah seorang daripada peserta MELAYU ini diumumkan sebagai pemenang utama, antara perkataan pertama yang akan keluar dari mulut mereka jika ditanya tentang kemenangan tersebut ialah " Saya bersyukur kepada Tuhan@Allah dengan kemenangan dan rezeki ini" Aduhai...lagi serabut fikiran saya.

Adakah ini salah satu cara nak jadi popular, dengan sengaja mengeksploitasikan diri sendiri. Setahu saya, pada kebiasaanya di dalam mana-mana rancangan realiti TV, keluarga yang akan menjadi pendorong dan memberi sokongan. Mereka bangga apabila anak mereka popular satu Tanah Melayu (itupun jika ada rakyat Malaysia yg amik tahu) lebih-lebih lagi ke peringkat dunia.

Di dalam situasi ini, saya juga tertanya-tanya apakah tindakan yang akan di ambil oleh JAKIM, Pusat Islam, Mufti, PERKIDA, Menteri Penerangan?? Dan tidak lupa juga kepada parti pemerintah kita iaitu PARTI RASUAH yang sememangnya memperjuangkan hak serta nasib bangsa MELAYU yang sememangnya buta mata dan hati untuk membicarakan soal masalah sosial dikalangan bangsa MELAYU, apatah lagi soal agama!. Akan tetapi yang peliknya ialah apabila mereka berhadapan dengan konflik politik dan MELAYU terutamanya di dalam kempen-kempen pilihan raya. Maka akan kedengaranlah retorik-retorik MELAYU itu ISLAM dan dengan nada ugutan-ugutan kepada bangsa-bangsa lain supaya jangan menyentuh hak orang MELAYU. Kononnya merekalah yang paling MELAYU di antara MELAYU-MELAYU yang wujud di muka bumi ini. Sekarang nah!! Inilah hasilnya daripada pembelaan mereka kepada MELAYU-MELAYU sekelian.

Berkenaan jalan penyelesaian masalah ini pula, tidak ada apa yang saya harapakan daripada PARTI RASUAH tersebut. Akan tetapi, saya masih lagi menaruh secebis harapan agar JAKIM, Majlis MUFTI dan Kementerian yang menaungi Hal Ehwal Agama dapat meleraikan masalah ini serta menanggani isu moral dan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi sekarang ini terutamanya dikalangan orang MELAYU yang masih mengakui dirinya sebagai ISLAM. Akan tetapi, kepada mana-mana MELAYU yang bukan ISLAM, abaikanlah sahaja masalah ini. Benar cakap orang, kubur kita masing-masing kan?? Sekain saya..maaf jika ada yang terguris dan maaf juga jika ada yang terasa. Sesungguhnya entry ini hanyalah untuk renungan bersama. Supaya di kemudian hari, kita dapat memilih pemimpin yang tahu dosa pahala dan kenal ajaran agamanya di dalam menggariskan dasar-dasar yang akan dilaksanakan ketika memegang tampok pemerintahan kelak dan tidak sekadar tahu berbicara tentang pembangunan dan tender-tender untuk kroni sahaja.



11 comments:

KaMaRiAh KaMaRuDdIn. said...

kdgkala,
manusia selalu ingin mengambil jalan mudah untu kaya dan glamour...
kerana itulah yg diimpikan mereka.
dengan cara yg mudah.

Anonymous said...

pedas entry kali ini yea...tp elok utk renungan bersama..saya satuju mengenai masalah sosial yg menimpa anak-anak melayu kita skrng..realitinya dh ada depan mata..malah sudah boleh dituntun secara umum melalui kaca TV!!

~ AnA FaRhAnA ~ said...

sape yg patut bertanggungjawab akan hal ini??mari kita renungkan bersama...

♥ Lady Mae ♥ said...

setuju dgn pejan..
mai pun x setuju dgn program MDG...
seharusnya difikirkan ttg maruah diri, keluarga dan juga agama..
jgnlah sampai ke tahap bpakaian mcm yang pejan sebutkan dalam entry kali ni...
aiyoooo

Faizal said...

malu melihat anak-anak melayu kita pada hari ini..seolah-olah sudah tidak reti untuk hormat maruah diri..apatah lagi agama yang dianuti. Memang benar kita jgn cepat menghukum, tetapi apabila dah sampai tahap mcm ni..apakah kita harus membisu lagi..tidak dapat saya bayangkan bagaimanakah gamaknya akhlak anak-anak melayu kita dalam jangka masa 30 tahun akan datang..mungkin kita sudah tidak dapat bezakan diantara mereka dengan bangsa-bangsa Barat.

Jika sekarang kita menuding jari ke arah Barat diatas gejala sosial yg semakin parah,akan tetapi mungkin 30 tahun akan datang orang Barat pula yg akan menuding jari kepada kita.

Teringat saya kepada kata-kata Yusuf Islam (Cat Stevens) "tamadun Barat sekarang bolehlah diumpamakan seperti sebuah kapal yang hampir karam, akan tetapi dalam masa yang sama umat Islam pula berpusu-pusu membeli tiket untuk menaikinya" Akan tetapi, saya berharap biarlah kapal yang diumpamakan oleh Yusuf Islam tersebut cepat-cepat tenggelam supaya umat Islam yang telah membeli tiketnya tidak sempat menaikinya dan boleh kembali ke pangkal jalan.

Sekian saya..terima kasih di atas komen dan pandangan daripada kwn2 yg dikasihi sekelian..salam perjuangan.

Anonymous said...

kalau nak mencari malaysian dream girl..ikut la acuan malaysia..modal insan..barulah dream girl..bukannye dedah sna sni xtentu arah..lagi satu, kalau nk cari malaysian dream girl, jgn la cari org yg hasad dengki, laga melagakan org..dream girl ke tu..? knape nk ikot barat..senang2 tukar je nm rancangan, malaysian model ke..ape ke..dh tentu nk cr seorang model, nape nk letak dream girl..xsesuai lgsung..dream girl mestilah mengisi ciri2 seorang wanita yang sempurna..tidak merujuk kepada muslimah tetapi yang mempunyai nilai2 murni yang diterima semua agama..sekadar pandangan atas pemerhatian yang dilakukan..

yasin said...

salam

Islam telah mengariskan cara hidup yg cukup sempurna bt manusia dr pelbagai aspek kehidupan selaras dgn fitrah hidup sebagai hamba kpdNYA. namun apbila yg mempunyai kuasa tidak melaksanakan apa yg diperintahkan maka terjadilah pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan yg berleluasa dlm kehidupan pada hari ini.

kadang-kadang pelik juga, kalau bt ceramah, forum, diskusi ilmiah dan sebagainya berapa sangat org yg hadir berbanding dgn program 2 yg berunsurkan hiburan dan maksiat semata2. apakah pemikiran masyarakt telah dibelenggu dgn hidonisme yg melampau sehingga tidak nampak kebenaran di depan mata,???

Faizal said...

respon kepada yasin..

inilah akibatnya apabila masyarakat kita terlalu banyak disogokkan dengan hiburan yang tidak tahu hujung pangkalnya..

Anonymous said...

Asssalamualaikum blogger...

pada pendapat saya malaysian dream girl bukanlah program realiti yang sesuai melibatkan seorang gadis beragama Islam sebagai salah seorang peserta. Pertandingan ratu cantik Malaysitelah wanita Islam diharamkan menyertainya(yang terakhir erra fazira-maafkan saya jika tersilap). Sememangnya saya tidak menyetujui langsung penyertaan gadis Islam sebagai salah seorang peserta dalam program ini. Pertandingan yang disertakan dengan memperlihatkan susuk badan begitu memualkan dan memalukan masyarakat Islam di Malaysia.

Namun begitu, saudara dilihat begitu cenderung memperkatakan tentang apa yang saudara lihat yang dipaparkan di skrin tv sahaja, yang bagi saya haruslah diperluaskan skopnya lagi. Gadis Islam begini dilihat tidak hipokrit dan sanggup untuk menerima kutukan.

Saya ingin saudara memperluaskan skop saudara mengenai gadis Islam yang memakai tudung menutup aurat tetapi disebaliknya ibarat 'abis madu sepah dibuang', berpura-pura baik namun dibelakang umat Islam yang lain sanggup mempergadaikan diri sendiri demi kasih sayang dan cinta. Tapi dihadapan kita semua,kengkununnya die la yang paling baik dan ayu. Tidak mustahil ramai remaja Islam di Universiti sebegini. Bagi saya, situasi begini lebih hipokrit...

-------

Anonymous said...

salam.

kpd anoymos 17 april, saya begitu terkejut dgn pendapat saudara/i kerana mengatakan
"Gadis Islam begini dilihat tidak hipokrit dan sanggup untuk menerima kutukan.

apakah yg menyebabkn anda berfikiran sedemikian..adakah dengan meninggalkan segala perintah agama boleh dikatakan tidak HIPOKRIT. kalau macm tu senang la agama dijual begitu sahaja hanya tidak mahu dilebal hipokrit.

boleh la lakukan apa yg dilarang asalkan tidak hipokrit. Apa semua ini??

memang betul ada dikalangan wanita yg seperti anda katakan, pakai tudung tapi.....
tapi perlu difikirkan mengapa perkara sedemikian berlaku. adakah salah asuhan ibu-bapa atau salah siapa???
adakah wanita yg anda katakan itu betul2 menutup aurat seperti yg disyaratkan oleh syarak??fikirkan semula..

dalam hendak meneliti perkara ini, satu sudut yg penting harus dilihat..peranan kerajaan. kalau kerajaan yg dipilih ini betul2 hendak menjaga kesucian agama Islam, maka perkara yg seperti anda katakan mungkin tidak berlaku. sebab apa, apabila para pelajar menghayati apa ertinya menganut Islam, maka akhlak2 yg tidak baik sudah tentu tidak akan diamalkan.
tapi ini tidak, kerajaan begitu taksub dengan Hidonisme. semua program terutamanya di media arus perdana tidak lari dari unsur Hedonisme, dengan pelakonnya yg tidak menutup aurat, dengan kemasukan filem2 barat yg bercanggah dgn agama, dan budaya Asia, dan sebagainya lagi, masakkan remaja sekarang tidak berlaku seperti yg anda katakan.

Sains Politik Malaysia said...

mungkin saya tertinggal boat dlm wacana tuan puan ni.... dh lambat.. tetapi amat tertarik melihat pandangan masing.. secara tidak langsung cuba juga menilai persepsi dan perinsip masing2 yg pelbagai.

Cuma sedikit pandangan saya... kalau sungguh dibuat satu bentuk "Dream Girl" cara kita pun... apakah itu bentuk dream girl yang menjadi 'impian' atau hasrat anak2 mudah sekarang...? ternyata itu banyak pengaruh dari reality show merata dunia kini...

salam