Monday, March 17, 2008

Sindrom Hiburan Murahan

Dari kacamata saya,apa-apa sahaja bentuk hiburan jenama luar terutamanya yang berasal dari Barat, kerap di bawa masuk ke negara ini dan ditiru tanpa menilai terlebih dahulu baik dan buruknya. Barangkali semua ini merupakan citra masyarakat maju yang berpegang kepada prinsip Islam Hadhari yang bakal menjadi kebanggaan negara ini pada tahun 2020 nanti. Sejak beberapa tahun lalu, kita dapat lihat stesen-stesen TV nasional dan swasta berlumba-lumba menyiarkan program realiti TV bercorak hiburan interaktif yang berakar umbi dari Barat. Program ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Akademi Fantasia (AF), Malaysian Idol, Audition dan lain-lain nama yang diberi untuk memancing penonton.

Rancangan-rancangan sebegini kebiasaannya mendapat respon yang luar biasa daripada pelbagai lapisan dalam masyarakat kita hari ini. Generasi muda berlumba-lumba menyertai program ini kerana dianggap boleh merealisasikan impian mereka untuk bergelar penghibur. Para penonton pula turut terbuai oleh emosi yang keterlaluan, menyaksikan lakonan peserta yang kadangkala acap kali dibuat-buat. Aksi peserta berpelukan antara lelaki dan wanita sangat memualkan penonton yang boleh berfikir dengan menggunakan akal ketika menonton rancangan tersebut. Akan tetapi,saya ingin menegaskan bahawa pandangan ini bukanlah bersifat antihiburan yang melulu, tetapi sekadar memberikan pandangan untuk menjernihkan keadaan dan apa yang saya harapkan pada masa hadapan biarlah program hiburan yang mengisi ruang media di negara ini sesuai dengan jiwa dan roh kita. Terkenang saya kepada pepatah Arab ada menyebut, "Menangguk apa-apa sahaja yang timbul di permukaan yang keruh bukanlah tindakan yang bijak tetapi selalunya merugikan".

5 comments:

yasin said...

aku bersetuju pejan..maysarakat skr sudah tenggelam dengan budaya hidonisme yg melampau sehingga tanpa hiburan mereka merasakan hidup tidak dpt diteruskan..contohnya kta bleh tgk setip kolej d ukm akn bt konset sempena acara tahun kolej masing2..tanpa artis,kumpulan band dll mereka merasakan itu sebagai satu kecacatan...

Anonymous said...

melampau tu memg tak bagus.. but hiburan ttp perlu

MOHD SHAZWAN BIN GHANI said...

Berhibur pada aku x salah.. tp bergantung penerimaan seseorang individu itu.. ada orang anggap hiburan tu sebagai sampingan dan ada juga anggap sebagai keperluan hidup.. berhibur banyak cara x semestinya dengan muzik atau lagu sahaja, dengan sukan pun adalah satu hiburan.. oleh itu jom meriahkan hiburan kita dengan bersukan..

Faizal said...

sya tidak nafikan bahawa lumrah kita sebagai manusia memang perlukan hiburan,akan tetapi biarlah secara ada kadar sahaja..apa yang sya lihat sekarang masyarakat kita terlalu mendokong budaya hidonisme ini..lihat sahaja di media2 sekarang samada media cetak@elektronik yg banyak dihiasi dengan bahan hiburan sahaja manakala bahan ilmiah pula sukar untuk mendapat tempat dan menerima nasib yang sebaliknya..Jika di Singapura ibu bapa berebut-rebut memastikan anak mereka mendapat tempat di IPT..manakala ibu bapa di Malaysia pula sibuk memastikan anak mereka mendapat tempat dalam program realiti tv sehingga sanggup saman menyaman..yang malunya bangsa kita sendiri..Jika inilah realitinya..lambat laun bangsa kita akan layu..layu dimedan hiburan yang kita agung-agungkan selama ini.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.