Tuesday, March 18, 2008

Takrifan Keadilan Dari Kacamata Pemikir...

Keadilan didefinisikan sebagai keadaan kebenaran ideal secara moral mengenai sesuatu hal yang berkaitan dengan benda atau individu. Para sarjana juga tidak ketinggalan dalam mengutarakan pandangan mereka mengenai keadilan. Menurut Aristotle, keadilan adalah subjek sebenar di dalam falsafah politik yang mana pelaksanaannya adalah tugas dan tanggungjawab utama sebarang polis (negara kota). Keadilan menurut Islam pula ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan ketentuan syarak.


Selain itu, John Rawls, iaitu ahli falsafah Amerika Syarikat menyatakan bahawa keadilan adalah kesaksamaan iaitu saksama yang tiada wujudnya diskriminasi atau pengistimewaan. Beliau telah menerbitkan banyak artikel dan ulasan rencana. Artikel beliau telah membawa kepada dua buah buku yang sangat berpengaruh iaitu A Theory of Justice (1971) dan Political Liberalism (1993). Beliau amat tertarik kepada persoalan interaksi pelbagai kelompok dalam masyarakat moden demi mewujudkan sebuah masyarakat yang adil. Masalah baru yang dikemukakan oleh Rawls dalam perbincangannya tentang politik liberal moden ialah persoalan bagaimana mencapai sesebuah masyarakat yang stabil dan saksama, iaitu sesebuah masyarakat yang menyanjungi prinsip demokrasi berpelembagaan, walaupun mereka dipisahkan oleh doktrin-doktrin agama, falsafah dan moral yang masing-masingnya unggul tetapi bertentangan antara satu sama lain. Faktor seperti ini kerap menjadi punca kehancuran kestabilan sesebuah masyarakat.


Dalam konteks ini, Rawls mengenengahkan cara penyelesaian atau preskripsi yang tidaklah baru atau radikal. Beliau mengajak kita berfikiran rasional dan menerima hakikat bahawa setiap seseorang daripada kita perlu melindungi hak dan kesejahteraan orang lain sebagaimana kita ingin hak dan kesejahteraan kita dilindungi. Beliau juga mengemukakan idea ini melalui konsep yang dinamakan “ the viel of ignorance” atau selubung kejahatan iaitu satu situasi individu yang terlibat tidak mengetahui bagaimana keputusan yang mereka buat itu akan meninggalkan kesan ke atas diri mereka sendiri. Hakikat ini, menurut Rawls akan menyebabkan mereka prihatin dan bersikap rasional dalam membuat sebarang keputusan.


Selain itu, di dalam memperkatakan tentang keadilan juga, Aristotle telah membahagikan keadilan kepada dua spektrum iaitu Commutative Justice dan Distributive Justice. Commutative Justice ialah layanan yang patut diberikan kepada seseorang dalam sesuatu keadaan, iaitu memberi kepada seseorang apa yang sepatutnya dia terima. Hal ini lebih digunakan dalam mengatur hubungan sesama manusia. Manakala, Distributive Justice pula ialah pengagihan barangan di kalangan satu-satu kumpulan atau kelas. Pengagihan ini memberikan layanan yang sama rata kepada semua kelas. Justeru itu, dapatlah disimpulkan bahawa keadilan adalah situasi
apabila seseorang diberikan layanan yang sama rata dalam masyarakat tanpa ada diskriminasi, namun begitu ianya mestilah dikawal oleh badan yang diiktiraf yakni negara.

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Faizal said...
This comment has been removed by the author.
Faizal said...

artikel ini saja sya muatkan dlm blog ini sbg rujukan kpd pengunjung blog..artikel ini merupakan sbhgn daripada esei teori politik yg telah sya hasilkan pada sem2 dlu..bcalah, InsyaAllah akn mendatangkan manfaat kpd anda sbg rujukan kpd definisi keadilan yang sebenarnya..namun jika terdapat sebarang pandangan@kefahaman yg lain mengenai definisi keadilan ini,boleh diutarakan dlm ruangan komen ini..supaya kita dpt sma2 berdiskusi dgn lebih lanjut..salam..