Monday, March 9, 2009

Untuk Ayah Yang Dirindui.



Sudah hampir 4 bulan saya tidak pulang ke kampung menjenguk keluarga tersayang tetapi hanya mampu bertanyakan khabar melalui perbualan singkat di telefon. Hanya itu yang mampu mengubat sedikit kerinduan di hati sambil mengenang saat-saat bersama yang berlalu pergi. Sekiranya berkesempatan pulang ke kampung, ayahlah orang yang pertama yang ingin saya peluk dan cium pipinya. Sudah lama rasanya tidak berkesempatan bergurau senda bersama ayah, berbicara isu semasa, berbincang soal keluarga dan lain-lain lagi. Mungkin ini yang meruntun di hati saya pada saat dan ketika ini.

Jika saya mengenang kembali ketika saya masih kecil, tidak pernah berpeluang untuk saya merasa ini semua bersama ayah. Berdepannya gentar sekali. Bimbang akan ada sesuatu yang tidak kena pada saya di matanya. Mungkin inilah yang menjauhkan saya dari ayah di masa saya kecil. Itulah ayah yang saya kenal pada masa kecil . Tegas dan garang orangnya. Tapi semua itu ada hikmahnya. Sikap tegas dan garang ayah inilah yang membentuk sikap kami adik beradik sehingga hari ini. Jika ayah tidak segarang itu, saya tidak pasti apa yang akan terjadi pada saya di saat ini. Pasti hanyut entah ke mana, leka dengan dunia yang tidak menjanjikan apa-apa.

Apa yang saya turut banggakan pada ayah ialah sikap tabah pada dirinya dalam membesarkan kami sekeluarga. Bagi dirinya, biarlah kami sekeluarga miskin di mata orang, asalkan anak-anak nya mendapat pendidikan yang sempurna. Dalunya mungkin saya tidak pernah sedar dek kekangan pemikaran yang keanak-anakan tentang ketabahan dan kesabaran ayah ini. Namun semuanya mula berubah setelah saya kian dewasa. Ketika di universiti ini, perbelanjaan saya untuk sebulan sudah mencecah RM350. Tetapi tidak dapat saya bayangkan bagaimana ayah dapat menyara kami sekeluarga dengan pendidikan yang sempurna dengan hanya berbekalkan pendapatan Rm450 sebulan. Kemiskinan pada ketika itu sangat menguji kami sekeluarga.

Tapi kini semuanya sudah berubah. Kami adik-beradik mula menampakkan jasa kepada keluarga. Ayah dan emak sudah tidak parlu bersusah payah seperti dulu lagi. Walaupun tidaklah senang lenang, tetapi cukuplah untuk kami sekeluarga. Inilah rahmat dari yang ESA. Tetapi kerinduan ini sangat meruntun jiwa. Hanya entry ini pengubat duka.

2 comments:

yasin said...

salam

Doakan kesejahteraan kepada kedua ibu bapa. semoga Allah (s.w.t) mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihani kita sewaktu kecil.

Amin.

Faizal said...

Btol tu Yasin..sayangilah mereka sebagaimana kita menyayangi nyawa kita..bahagiakanlah mereka sebagaimana kita ingin dibahagiakan.